Tentang Fz

Salam Sejahtera!

Kami berdua jurugambar lelaki dari Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang/Kedah dan Perak yang suka pada semua jenis  fotografi dari alam semula jadi, bangunan pencakar langit, Potrait bayi yang baru lahir , kanak-kanak , keluarga hamil, pasangan & keluarga serta majlis perkahwinan dan acara.

Fz Photography diwujudkan atas sebab minat kami dalam bidang seni ini. Oleh itu kami mengambil kata sepakat untuk menubuhkannya. Asalnya ia hanya bermula kerana hobi sahaja. Lama-kelamaan minat kami ini mendapat perhatian rakan dan taulan serta sanak saudara yang memberi peluang kapada kami untuk mengambil fotografi perkahwinan mereka. Kami mengambil langkah berani dengan percubaan kami dan ternyata mereka sangat berpuas hati. Oleh itu, kami telah menjadikan hobi kami ini sebagai salah satu kerjaya kami.

Blog ini juga akan bertindak sebagai laman web fotografi kami , memaparkan kerja & maklumat perkhidmatan yang kami tawarkan.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan pakej perkhidmatan yang kami tawarkan. 

No comments:

Post a Comment

Pre-Wedding Remy Dan Farah